Saturday 17 December 2011

PDT student ; Ex PST student

Assalammualaikum . . . 

Hari ini Aeyra ingin menulis peristiwa penting yang telah terjadi dalam hidup Aeyra dalam blog ini.
Dalam perjalanan hidup Aeyra,Aeyra mahu melakukan sesuatu yang terbaik.
Tetapi pada minggu yang lepas,pada tanggal 5 SEPTEMBER 2011
" aku rasa tenang,aku tidak rasa nervous seperti budak budak lain,
kata hatiku mengatakan aku akan kekal dikelas yang sedia ada.
sebab aku rasa apa yang telah aku jawab,
aku buat yang terbaik.
Dan aku berasa gembira dimana aku berada sekarang.
Hakikatnya itu hanyalah khayalan aku.
Ketika aku berada didalam kuliah Math,aku tekun dan fokus mendengar apa yang
diterangkan oleh pensyarah.Aku masih dalam tenang seperti tiada apa akan 
berlaku dalam hidup aku.
Tiba-tiba setelah setengah jam di dalam kuliah,telefon(kuliah) yang berada di atas meja 
telah berdering.  Ring!Ring!Ring!Ring!Ring!Ring! 
Pensyarah aku pun angkat.
dalam hatiku tertanya tanya siapa yang buat panggilan dalam kuliah ini ???
Then pensyarah tu plak buat lawak.Dia kata lepas ni pergi makan kat cafe tapi bayar pakai duit sendiri.
Kami semua gelak ramai-ramai.
Aku kembali fokus dan menyalin apa yang pensyarah tulis di hadapan.
Selepas 5-10 minit ,telefon itu kembali berdering.
aku dan rakan sekuliahku gelak ketawa , ssiapa pula yang telefon lagi ini.
Sebab sebelum belum pernah lagi telefon di dalam kuliah tu berdering.
tapi hari ini telefon berdering.
pensyarah aku pun menjawabnya sekali lagi.
" bla bla bla......*%&^#%@ ??? "
Pensyarah meletak telefon tu ke tempat asal
Mencapai microphone dan menanyakan siapa yang bernama DAYANG H...BTE S... ?!
Ehh!! itu aku hatiku berkata-kata.aku hanya mendiamkan diri dulu.
sekali lagi cikgu mengulangkannya sekali lagi.
aku rasa berasa bersalahlah pulak sebab taknak mengaku.
aku pun mangangkat tangan aku.
pensyarah panggil turun ke bawah.
dia kata pergi ke HEP sekarang kerana Encik Haspa mahu berjumpa.
aku kata okey.
aku tertanya-tanya apa kesalahan aku??
apa kesalahan yang pernah aku buat sebelum ini??
setahu aku dan penuh kepastian aku tak pernah buat kesalahan dekat dalam kolej ini.
dengan penuh keraguan,penuh rasa gementar aku pergi HEP
sesampai sahaja aku ddi bilik Encik Haspa.
aku masuk dan aku melihat ada beberapa pelajar yang turut kena panggil seperti aku.
Encik Haspa pula sedang sibuk membuat panggilan untuk panggil pelajar ke bilik dia.
setelah selesai kerja dia,kami semua disuruh ke Dewan Sri Tanjung.
disitu lah dia menjelaskan perkara yang sebenar.kenapa kami semua dipanggil.
Rupa-rupanya.,.keputusan aku tidak berapa baik.aku dapat 1.93 bawah 2.0.
aku ditawarkan ke PDT.iaitu daripada 2 sem kepada 4 sem.
So ini bermakna aku aku akan berada di kolej ini sehingga tahun depan.
aku mnganbil keputusan untuk kekal disini.
aku pastikan pointer aku naik dan aku pastikan yang aku dapat 4 pointer 
dan mengekalkannya sehingga semester 4. 
aku pasti aku boleh lakukan.

FOKUS DENGAN TUJUAN AKU DISiNI : UNIVERSITI+DEGREE !

ITULAH YANG AKU MAHUKAN !

I COMPETENT TO GET DEGREE & ENTER USM !

USM is my dream university. (^_^)




♥ misz AEYRA ♥

My photo
I come from Johor. I'm more comfortable you all call me Aeyra or Maiden. I am a cute smallest. (^ ^,)