:: topup ur inf0o ~ ::

" Mendedah Aurat Di Hospital "
SAYA musykil mengenai amalan mendedahkan aurat untuk tujuan perubatan atau pemeriksaan biasa. Baru-baru ini, saya membuat ujian mamogram payudara di sebuah hospital, malangnya jurumamogram itu adalah lelaki.
Walaupun ada jururawat wanita menemani saya, dia tidak tahu mengendalikan mesin itu. Saya disuruh jururawat supaya menanggalkan baju, tudung dan juga baju dalam, oleh itu bahagian atas badan saya terdedah auratnya. 
Kemudian saya ditemani jururawat ke bilik mamogram dan jurumamogram meminta saya mengalihkan tangan yang menutupi kedua-dua payudara. Dia kemudian memegang payudara kiri saya dan meletakkan di atas plat mamogram dan untuk diambil gambar dan sekali lagi memegang payudara saya untuk menurunkannya dari plat. Prosedur itu diulangi pada payudara kanan.
Selepas ujian mamogram, saya dibawa jururawat bersama gambar mamogram yang diambil ke bilik doktor yang juga seorang lelaki. Saya masih tidak berbaju ketika itu dan hanya menutup kedua-dua payudara dengan tangan.
Doktor kemudian memeriksa payudara saya dengan menekan menggunakan jarinya untuk mengesan ketulan. 
Puting payudara juga ditekan untuk mengesan sebarang kelainan. 
Apakah hukumnya saya mendedahkan payudara dan membiarkan doktor lelaki dan jurumamogram menyentuh tanpa memakai sarung tangan sebagai alas? 

ZABEDAH 
Sungai Petani, Kedah 


Menjadi fardu kifayah kepada wanita untuk mengambil jurusan kedoktoran supaya hal ehwal membabitkan wanita dalam urusan perubatan dapat dikendalikan sepenuhnya oleh doktor dan juga jururawat wanita. 
Namun kini kebanyakan hospital kerajaan mempunyai ramai doktor dan pembantu wanita yang boleh membantu puan. 
Perkara itu sudah berlaku dan langkah terbaik patut diambil adalah banyak beristighfar dan bertaubat kepada Allah. Pada masa akan datang carilah hospital kerajaan yang mempunyai ramai tenaga pakar wanita.


" Pemain Malaysia murung setelah dikalahkan. "
PENGENDALI skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee jelas kecewa selepas menyaksikan anak-anak buahnya kecundang pada 10 minit terakhir Kelayakan Olimpik Zon Asia kepada Bahrain, semalam.


Tiga gol dilepaskan itu membolehkan pelawat yang beraksi dengan 10 pemain memenangi perlawanan dengan keputusan 3-2 walaupun mendahului dua jaringan pada awalnya.
“Saya tidak tahu bagaimana mahu cakap. Lima minit, semuanya berubah. Saya terpaksa menerima hakikat skuad ini tidak mempunyai ramai pemain tengah,” katanya.
Tambahnya, barisan pemain muda negara kehilangan kawalan selepas penjaring gol pertama, Mohamad Nazmi Faiz Mansor dan rakannya di jentera tengah, Mohd Affize Faisal Mamat dikeluarkan kerana kecederaan. “Lawan bergerak dengan selesa selepas ketiadaan mereka (bermula minit ke-60), kita hilang kawalan pada bahagian tengah. “Manakala Irfan Fazail terpaksa menamatkan perlawanan walaupun mengalami kecederaan (sudah melakukan tiga pertukaran),” katanya. Sementara itu pengendali Bahrain, Salman Shareeda berkata adalah sesuatu yang menakjubkan apabila bangkit mencatatkan kemenangan pertama selepas tewas pada dua perlawanan sebelum ini.
“Sebelum datang ke sini saya sudah menyatakan kepada pemain bahawa Malaysia adalah sebuah pasukan yang bagus dan perlu bersedia. Saya gembira kerana ini kemenangan pertama kami,” katanya.
Tambahnya walaupun kehilangan seorang pemain kerana mendapat kad merah, beliau melakukan pertukaran yang membuahkan hasil apabila mengeluarkan dua pemain tengah bertahan dan memasukkan dua pemain tengah menyerang.
“Nyata ia membuahkan hasil. Pada pandangan saya, kedua-dua pasukan menang hari ini kerana mempamerkan permainan yang bagus serta jarang satu perlawanan kita dapat saksikan lima jaringan dilakukan,” katanya.
hai.. ^_^
welcome to blog aeyra~
hari ni aeyra nak share something dengan korunk semua,
pe dia ek ? ?

C.I.N.T.A

Haa.. =) cinta..tentang cinta yang ingin aeyra share dgn korunk semua.
setiap orang kat dalam dunia ni ada perasaan untuk bercinta
tertarik dengan seseorang lalu jatuh cinta.
tapi..setiap kali kita bercinta dengan seseorang tu mesti tak kekalkan,
tapi kadang-kadang ada juga yang panjangnya,
alhamdullilah..
dan,yang kekal tu tak bermakna yang korunk tu xperfect
sebaliknya . . 
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut :)
Jom kite check itout at down here : - 
                                                       
SEBAB SEBAB TUHAN MEMPERTEMUKAN
 KITA DENGAN ORANG YANG SALAH ? ?


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya
 apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA. 

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya
 kita dapat menjadi penilai yg baik. 

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya
 kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH. 

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA. 

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya
 kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa 
dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan… 

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya. 

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya
 kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA. 

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya
 kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH. 

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya 
kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Jadi janganlah kita berfikiran negatif apabila kejadian seperti ini 
berlaku pada diri kita.dan sebagai penutup tirai ini
Aeyra ada sedikit ungkapan pendek untuk peminat blog Aeyra
atau sebagai kata-kata semangat . 
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
#Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

10 PETANDA DIA JODOH KITA

Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi.hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah,dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?
If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way
Hebahkan kepada kenalan anda dan yang anda sayangi

Kesan Minum AIS
Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.
Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....

Artikel ini berguna untuk semua.
Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah
akan mendapat faedah dari amalan ini.
Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...

PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.

Baca ini..... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.


**Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi.....!!!!



♥ misz AEYRA ♥

My photo
I come from Johor. I'm more comfortable you all call me Aeyra or Maiden. I am a cute smallest. (^ ^,)